Assalamualaikum wbt.
Filter Neutral Density (ND) sememangnya salah satu aksesori yang diidamkan oleh para "landscaper" terutamanya bagi mereka yang gemar membuat dedahan panjang (long exposure). Secara teorinya, perkataan "neutral" membawa maksud filter tersebut tidak akan meninggalkan sebarang kesan "cast" warna pada gambar. Namun realitinya, tiada filter yang betul-betul neutral. Filter-filter ND seperti Hoya, Hitech, BW malah Lee System masing-masing mempunyai karakter cast warna yang tersendiri.
Semalam (Jumaat 13-06-2014) saya telah berkesempatan membuat satu ujian perbandingan cast warna antara dua jenama filter, di antara "juara bertahan" Lee "Big Stopper" dan pendatang baru, Haida ND3.0. Kedua-duanya adalah mempunyai nisbah pengurangan cahaya sebanyak 10 "stops", sesuai untuk dedahan panjang bagi medapatkan efek "air berkabus" dan "awan larik-larik" (sekadar memetik terma yang selalu digunakan oleh rakan rakan fotografi saya). Saya juga menguji Haida ND1.8 (6 stops) yang baru sampai ke tangan saya.
Ketiga-tiga filter adalah jenis segi empat "square" 100mm x 100mm dan diuji menggunakan holder jenama "Serk".
Sebagai ukuran perbandingan, terdahulunya saya mengambil dedahan-dedahan tanpa sebarang filter dalam 3 setting "white balance" :
- Auto WB
- Daylight preset
- Kelvin 7960 (yang menghasilkan WB paling hampir dengan apa yang mata saya lihat ketika itu)
Ujian dilakukan di Putrajaya, bermula dari pukul 6.30 petang hingga 6.40 petang dengan kedudukan matahari condong di sebelah kiri.
Semua gambar-gambar adalah SOOC (terus dari kamera) jpeg tanpa sebarang suntingan.
Gambar-gambar "benchmark" tanpa filter :
Ujian pertama adalah untuk juara bertahan, Lee Big Stopper :
Seperti yang dapat dilihat di atas, Big Stopper menghasil cast biru yang ketara pada setting Auto WB, Daylight dan juga pada Kelvin 7960, jadi saya membuat satu lagi ujian pada Kelvin 10000, iaitu setting kelvin paling tinggi dalam kamera cabuk saya ini. Pada Kelvin 10000, masih lagi terlihat cast biru, namun bagai saya boleh diperbetulkan dalam "post processing".
Tibalah masa untuk menguji "pencabar" takhta, Haida ND3.0 :
Pada hemat saya, pada setting Auto WB, Haida ND3.0 menghasilkan cast warna yang hampir sama dengan gambar tanpa filter pada setting yang sama. Manakala pada setting "Daylight" cast kebiruan agak ketara. Dan pada setting Kelvin 7960, cast yang terhasil adalah sedikit "warm" melebihi gambar tanpa filter pada setting yang sama. Dan untuk Kelvin 10000, gambar terhasil adalah sudah terlalu "panas". Walaubagaimana pun ini semua boleh dibaiki dalam post-processing.
Jadi pada hemat saya, Haida sesuai digunakan menggunakan setting Auto WB (bagus untuk yang malas menukar setting), atau julat kelvin dari 5600 - 8000 untuk hasil yang lebih natural. Dan bagi mereka yang suka "extra warm" bolehlah menggunakan kelvin yang lebih tinggi dari itu.
Seterusnya saya menguji Haida ND1.8 (6 stops) yang memberikan hasil yang sama :
Kedua-dua Haida ND3.0 dan ND1.8 adalah menggunakan material "schott glass" jadi tidak hairan lah hasilnya pun sama. Haida ND0.9 (3 stops) juga dari bahan yang sama jadi walaupun tidak diuji disini, saya jangkakan hasil yang sama juga boleh diperolehi.
1. Auto WB :
2. WB Daylight Preset :
3. WB Kelvin7960 :
4. WB Kelvin 10000 (tiada gambar untuk tanpa filter) :
Seterusnya saya juga mencuba kombinasi filter-filter ND tersebut dengan dua filter lain iaitu
- Formatt Hitech Reverse Grad 0.6
- Lee System Soft Grad 0.9
N/B : Setting WB yang digunakan adalah kelvin 10000 sahaja
Hasil padanan dengan Lee Big Stopper :
Hasil padanan dengan Haida ND3.0 :
Hasil padanan dengan Haida ND1.8 :
Pada hemat saya :
- Cast biru yang dihasilkan oleh Big Stopper telah membatalkan atau me"neutral"kan cast magenta/purple dari Hitech Reverse Grad.
- kombinasi Haida dengan Lee GND adalah amat baik sekali, lebih baik dari kombinasi Big Stopper + Lee GND.
- kombinasi Haida dengan Hitech adalah kurang sesuai disebabkan oleh cast Haida yang sedia agak "warm" telah "menaikkan" lagi cast magenta/purple Hitech tersebut.
N/B : Namun, harus diingat bahawa ujian kombinasi ini dilakukan pada Kelvin 10000 yang kita maklum adalah melebihi julat kesesuaian setting WB untuk Haida pada ketika itu. Mungkin jika menggunakan setting Auto WB atau kelvin yang lebih bersesuaian, cast magenta Hitech itu akan tidak terlalu ketara? Saya akan cuba buat ujian lagi sekiranya berkesempatan, insyAllah :)
Kesimpulan :
Saya adalah pengguna Lee Big Stopper semenjak sekian lama. Tidak dinafikan ada ketikanya cast biru yang dikeluarkan membuatkan saya agak "frust" (walaupun ianya boleh diperbetulkan dalam post processing) kerana warna hasil yang terpampang di LCD kamera tidak sama dengan apa yang saya lihat.
Dengan adanya Haida, kini penggemar dedahan panjang mempunyai alternatif filter yang mampu menghasilkan kualiti warna yang sama baik (atau lebih baik?) dari Big Stopper. Pada separuh harga Big Stopper, bagi saya Haida adalah pilihan yang berbaloi sekali!
# Big Stopper didatangkan dengan gasket getah yang sedia dilekatkan bagi mengelakkan "light leak".
# untuk Haida, gasket juga dibekalkan dalam bentuk "foam tape" namun ianya TIDAK dilekatkan - anda perlu lekatkannya sendiri.
# Haida ND3.0 (10 stops), ND1.8(6 stops) dan ND0.9 (3 stops) boleh diperolehi pada harga RM400/- sahaja, manakala holder jenama "Serk" boleh diperolehi dengan harga RM200/- sahaja.
# Mesej saya di facebook untuk membuat tempahan :)
Sehingga pos saya di masa akan datang,
Wassalam.
-----------------------------
HDR/DRI/Timelapse personal / group workshop is available upon request. PM me for details :)
- all rights reserved - all images/footages in this blog are copyright of the respective photographer - do not use without permission -
- contact me for information on licensing of my images and timelapse clips -
View my My Stream In Flickriver.
Follow me on flickr | 500px | Getty Images | Pond5 | facebook | pinterest | twitter | imagekind | World Images